Pengambilan Pelajar Baru Sesi 2012

Kami telah memulakan sesi pengambilan pelajar baru untuk sesi tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tadika, Tahfiz dan juga KAFA. Sila hubungi Puan Mintom: 019-3338469. Dapatkan Brochure disini.

Tadika Ar Rayyan's Facebook Wall

Saturday, December 13, 2008

Kisah Cinta Nabi Kepada Umatnya

Utk Renungan Bersama.


Kita semua banyak membaca tapi mungkin kita terlupa dgn artikel ini.


Buku sejarah dunia tidak pernah meriwayatkan, apatah lagi mengarapnya


Ada sebuah kisah tentang CINTA yang sebenar-benar CINTA yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.


Begini kisahnya.......


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning,

burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah

dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada

dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah

kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak

orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang

tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.


Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar

adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas

panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah

datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"

keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai

menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali

dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan

goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat

yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.


Telah Sampai Waktunya....


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih

tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan

keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi

alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru

mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak

mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah

yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani

ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru

sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah

menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah

bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah,

dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan

pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun

menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi

Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit

dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril,

jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan

suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat

telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, "

kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya

masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya

Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan

khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman

kepadaku: ''Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad

telah berada di dalamnya," kata Jibril.



Saat Perpisahan bagi Seorang Kekasih....


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan

tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah

bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit

sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali

yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya

Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup,

melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian

terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini

kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan

dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak

membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis

shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah

orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar

bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di

wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah

yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku,

umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad

wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar

timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya,


Seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.


Yg baik datang dari NYA dan yg salah serta silap datang dari hambamu. Amin....


Selawat dan salam ke atas junjungan Kekasih Allah

Tuesday, December 9, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Di kesempatan pagi mulia ini, saya ingin mengucapkan…

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kepada semua pembaca blog Ar-Rayyan ini

Di hari bahagia ini, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kita semua rakyat Islam terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Jangan lupa juga panjatkan doa kepada mereka yang berada di Tanah Suci mengerjakan rukun Islam yang ke-5.

Salam hormat,

Tuesday, September 2, 2008

Nenek Daftar Pelajar Baru UKM (Harian Metro)

Sedang sibuk akhbar-akhbar menceritakan kejayaan para graduan memperolehi ijazah di universiti-universiti tempatan, seorang nenek yang berusia 70 tahun yang memiliki 10 orang cucu mendaftar masuk sebagai pelajar baru ke universiti yang terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi baru-baru ini.

Berikut adalah keratan akhbar dari Harian Metro yang bertarikh 25 Ogos 2008 bersamaan 23 Syaaban 1429.

Bangi: Masa anak berumur tujuh tahun, saya hantar dia kesekolah dan sekarang apabila umur saya 70 tahun, mereka pula hantar saya belajar," kata Rayah Abd Ghani, 70, yang mendaftar sebagai pelajar baru Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Al-Quran dan Sunnah.

Nenek kepada 10 cucu itu berkata, dia tidak pernah jemu untuk menambah ilmu pengetahuan malah baginya perkara itu adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya memang suka belajar selagia da peluang memang ingin belajar. Lagipun orang sering memberi tanggapan bahawa warga emas hanya menyusahkan kerana mereka perlu bergantung kepada orang lain.

"Bagi saya, warga emas sebenarnya boleh diasah mindanya seperti orang muda cuma mereka tidak diberi peluang sahaja," katanya.

Seramai 1,196 pelajar baru dari 13 program ijazah sarjana muda eksekutif dan pusat pembelajaran jarak jauh (PBJJ) dan 199 pelajar dari tujuh program sarjana dan satu diploma mendaftar semalam.

Rayah sebelum ini pernha bertugas sebagai guru agama sekolah menengah selama 29 tahun dibeberapa negeri seperti Johor Bahru dan Seremban.

Kami dari pertubuhan Anakku Sayang, Ibuku Sayang, dan juga Sekolah Tahfiz Ar-Rayyan mengucapkan setinggi tahniah kepada Ustazah Rayah. Semoga dengan langkah pertama ini akan menjadikan beliau insan yang berilmu dan tawaduk kepada Allah s.w.t. Insya'Allah.

Thursday, July 17, 2008

Sekilas Tentang Tiga Rayyan Enterprise

Sekilas Tentang Tiga Rayyan Enterprise


Profil AR-Rayyan


Kelas Tahfiz Al Quran dan Fardhu Ain Ar Rayyan di tubuhkan hasil cetusan idea oleh Ustazah Rayah Bt Abd Ghani. Beliau adalah bekas guru agama dan kini bergiat sebagai penceramah bebas.

Di tubuhkan pada Disember 2006 dan mula beroperasi pada 3 Jan 2007 dengan kelas Tahfiz & Tadika diikuti dengan Kelas Agama Petang pada Januari 2008.


Objektif


Objektif utama Ar Rayyan ialah melahirkan anak-anak yang boleh membaca, menulis (Jawi), memahami , mencintai dan menghafaz Al Quran bagi pelajar-pelajar yang tinggal di taman-taman persekitaran Senawang. Ar Rayyan juga berhasrat untuk melahirkan insan yang bertaqwa dengan aqidah yang mantap dan mengenal Allah melalui Al Quran.

Ar Rayyan ditubuhkan bukanlah mencari keuntungan dunia semata-mata. Kami memberi pelajaran percuma kepada anak-anak yatim dan anak-anak kepada ibu tunggal.

Disamping itu juga Ar Rayyan ditubuhkan dengan harapan dapat membina silaturrahim dengan masyarakat setempat dengan mengadakan kelas agama untuk wanita dan melibatkan masyarakat setempat dengan program-program yang kami anjurkan.


Konsep


Melahirkan Generasi Al Quran dengan Asas 5M.

  1. Mencintai Al Quran
  2. Memahami Al Quran
  3. Menghafaz Al Quran
  4. Membaca & Menulis
  5. Mengamal Al Quran


Dibawah payung Ar Rayyan, kami juga mempunyai Rumah IbuKu Sayang ((Penempatan Warga Emas Wanita) dan Rumah Anak-AnakKu Sayang (Penempatan Anak-Anak Yatim)

Program-program yang kami anjurkan adalah untuk menampung kos harian bagi ketiga-tiga Rumah Ar Rayyan.


Ustazah Rayah Bt Abd Ghani,

Saturday, June 28, 2008

Gambar-gambar Aktiviti Kem Motivasi Ar-Rayyan

Menyambut Ketibaan ADUN Paroi

Persedian menanti kedatangan para ibu dan bapa untuk pendaftaran


Para Ibu Bapa yang datang mendaftar anak-anak mereka untuk Kem Motivasi di Sekolah Tahfiz Ar-Rayyan

Ucapan dari Ustazah Rayah di hari pembukaan Kem Motivasi Anak Soleh

Presentation Slide Show Kem Motivasi Anak Soleh

Salah satu aktiviti luar Kem Motivasi Anak Soleh

Salah seorang tenaga pengajar bagi Kem Motivasi Anak Soleh

Sembahyang Maghrib dan Isyak sambil mendengar Ceramah dari Ustaz Halim

Barisan Pengurusan Bagi Kem Motivasi Anak Soleh
(Dari Kanan: Cik Gayah, Ustazah Rayah, Puan Mintom, Puan Masni, Puan Rosnaliza)

Tuesday, May 13, 2008

Program Jati Diri Dan Motivasi Anak Soleh

Program ini dianjurkan sempena musim cuti sekolah bagi membolehkan para peserta dapat menyertainya dan mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktivit yang berfaedah selama 2 hari.

Disamping itu mereka juga dapat mencari pengalaman dan pengetahuan yang bermakna untuk diamalkan dimana-mana sahaja mereka berada. Program ini juga dapat meningkatkan jati diri dan semangat setia kawan dikalangan pelajar-pelajar.


Tarikh : 27 & 28 Mei 2008 (Selasa dan Rabu)
Tempat: Kelas Tahfiz Al-Quran & Fardu Ain Ar-Rayyan,
382, Lorong Desa Melor 2/4,
Taman Desa Melor, Senawang

Peserta : 10 Tahun - 17 Tahun
Bayaran: RM 70.00

Kawasan padang permainan yang luas.

Berdekatan dengan Surau An Nahdhoh


Melalui program ini, para peserta akan diajar cara-cara mengendalikan rawatan kecemasan dan kemalangan kecil (First Aid & CPR) serta bagaimana menghadapi situasi diluar jangkaan seperti sesat, diculik, diragut atau dirompak. Peserta-peserta akan diajar membina keyakinan dan jati diri dalam sesi "Team Building" serta muhasabah diri oleh motivator Encik Mohd Fadzil bin Pardi.
Para peserta akan dapat berkongsi pengalaman bersama pelajar cemerlang, Adik Siti Sarah bt. Hj. Mustaza yang mendapat 14A dalam peperiksaan SPM 2007.

Ceramah motivasi yang bertajuk "Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga, Kasihnya Ayah Sepanjang Masa" akan disampaikan oleh Kaunselor (MAINS) Ustaz Norazman bin Amat.


Daftarkan anak anda segera bersama-sama kami didalam program Kem Motivasi musim cuti sekolah ini. Kami akan memastikan anak-anak anda akan mendapat pendidikan yang terbaik untuk agama, diri mereka, keluarga, bangsa dan juga negara.

Sila hubungi Puan Mintom di talian: 019-333 8469 atau Rushdi Baharum: 012-3927581

Saturday, April 5, 2008

Kelas Tahfiz Al-Quran & Fardhu Ain Ar Rayyan


Kelas Tahfiz Ar Rayyan adalah sebuah pusat pengajian Islam peringkat rendah. Bertujuan melahirkan generasi celik Al-Quran dengan konsep 5M
  1. Mencintai Al-Quran
  2. Memahami Al-Quran
  3. Menghafaz Al-Quran
  4. Membaca dan menulis
  5. Mengamal Al-Quran
Mata pelajaran:
  1. Hafazan
  2. Tauhid
  3. Tajwid
  4. Tulisan Jawi
  5. Sirah
  6. Amali Solat
Kelas pada setiap hari Sabtu dan Ahad; Jam: 8:00a.m sehingga 12:00p.m

Tenaga pengajar yang berpengalaman.

Pengambilan pelajar-pelajar tahun 20 masih lagi terus dibuka.
Anak-anak yatim adalah PERCUMA.

Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran sila hubungi:

Pn. Mintom: 0166815859
atau
019-3338469

Beralamat di:

382, Lorong Desa Melor 2/4
Taman Desa Melor
Senawang, Seremban,
Negeri Sembilan

Guru Cemerlang

"Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Visitor maps