Pengambilan Pelajar Baru Sesi 2012

Kami telah memulakan sesi pengambilan pelajar baru untuk sesi tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tadika, Tahfiz dan juga KAFA. Sila hubungi Puan Mintom: 019-3338469. Dapatkan Brochure disini.

Tadika Ar Rayyan's Facebook Wall

Thursday, July 17, 2008

Sekilas Tentang Tiga Rayyan Enterprise

Sekilas Tentang Tiga Rayyan Enterprise


Profil AR-Rayyan


Kelas Tahfiz Al Quran dan Fardhu Ain Ar Rayyan di tubuhkan hasil cetusan idea oleh Ustazah Rayah Bt Abd Ghani. Beliau adalah bekas guru agama dan kini bergiat sebagai penceramah bebas.

Di tubuhkan pada Disember 2006 dan mula beroperasi pada 3 Jan 2007 dengan kelas Tahfiz & Tadika diikuti dengan Kelas Agama Petang pada Januari 2008.


Objektif


Objektif utama Ar Rayyan ialah melahirkan anak-anak yang boleh membaca, menulis (Jawi), memahami , mencintai dan menghafaz Al Quran bagi pelajar-pelajar yang tinggal di taman-taman persekitaran Senawang. Ar Rayyan juga berhasrat untuk melahirkan insan yang bertaqwa dengan aqidah yang mantap dan mengenal Allah melalui Al Quran.

Ar Rayyan ditubuhkan bukanlah mencari keuntungan dunia semata-mata. Kami memberi pelajaran percuma kepada anak-anak yatim dan anak-anak kepada ibu tunggal.

Disamping itu juga Ar Rayyan ditubuhkan dengan harapan dapat membina silaturrahim dengan masyarakat setempat dengan mengadakan kelas agama untuk wanita dan melibatkan masyarakat setempat dengan program-program yang kami anjurkan.


Konsep


Melahirkan Generasi Al Quran dengan Asas 5M.

  1. Mencintai Al Quran
  2. Memahami Al Quran
  3. Menghafaz Al Quran
  4. Membaca & Menulis
  5. Mengamal Al Quran


Dibawah payung Ar Rayyan, kami juga mempunyai Rumah IbuKu Sayang ((Penempatan Warga Emas Wanita) dan Rumah Anak-AnakKu Sayang (Penempatan Anak-Anak Yatim)

Program-program yang kami anjurkan adalah untuk menampung kos harian bagi ketiga-tiga Rumah Ar Rayyan.


Ustazah Rayah Bt Abd Ghani,

Guru Cemerlang

"Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Visitor maps