Pengambilan Pelajar Baru Sesi 2012

Kami telah memulakan sesi pengambilan pelajar baru untuk sesi tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tadika, Tahfiz dan juga KAFA. Sila hubungi Puan Mintom: 019-3338469. Dapatkan Brochure disini.

Tadika Ar Rayyan's Facebook Wall

Tuesday, September 2, 2008

Nenek Daftar Pelajar Baru UKM (Harian Metro)

Sedang sibuk akhbar-akhbar menceritakan kejayaan para graduan memperolehi ijazah di universiti-universiti tempatan, seorang nenek yang berusia 70 tahun yang memiliki 10 orang cucu mendaftar masuk sebagai pelajar baru ke universiti yang terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi baru-baru ini.

Berikut adalah keratan akhbar dari Harian Metro yang bertarikh 25 Ogos 2008 bersamaan 23 Syaaban 1429.

Bangi: Masa anak berumur tujuh tahun, saya hantar dia kesekolah dan sekarang apabila umur saya 70 tahun, mereka pula hantar saya belajar," kata Rayah Abd Ghani, 70, yang mendaftar sebagai pelajar baru Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Al-Quran dan Sunnah.

Nenek kepada 10 cucu itu berkata, dia tidak pernah jemu untuk menambah ilmu pengetahuan malah baginya perkara itu adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya memang suka belajar selagia da peluang memang ingin belajar. Lagipun orang sering memberi tanggapan bahawa warga emas hanya menyusahkan kerana mereka perlu bergantung kepada orang lain.

"Bagi saya, warga emas sebenarnya boleh diasah mindanya seperti orang muda cuma mereka tidak diberi peluang sahaja," katanya.

Seramai 1,196 pelajar baru dari 13 program ijazah sarjana muda eksekutif dan pusat pembelajaran jarak jauh (PBJJ) dan 199 pelajar dari tujuh program sarjana dan satu diploma mendaftar semalam.

Rayah sebelum ini pernha bertugas sebagai guru agama sekolah menengah selama 29 tahun dibeberapa negeri seperti Johor Bahru dan Seremban.

Kami dari pertubuhan Anakku Sayang, Ibuku Sayang, dan juga Sekolah Tahfiz Ar-Rayyan mengucapkan setinggi tahniah kepada Ustazah Rayah. Semoga dengan langkah pertama ini akan menjadikan beliau insan yang berilmu dan tawaduk kepada Allah s.w.t. Insya'Allah.

Guru Cemerlang

"Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Visitor maps