Pengambilan Pelajar Baru Sesi 2012

Kami telah memulakan sesi pengambilan pelajar baru untuk sesi tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tadika, Tahfiz dan juga KAFA. Sila hubungi Puan Mintom: 019-3338469. Dapatkan Brochure disini.

Tadika Ar Rayyan's Facebook Wall

Thursday, November 19, 2009

KEM Cuti Sekolah 2009

KEM ANAK CEMERLANG KELUARGA GEMILANG

TARIKH: 6 DEC 2009– 12 DEC 2009

Yuran penyertaan: RM195 seorang

Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad. Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.

Pakej:

Penginapan, makan 4 kali sehari, modul solat, modul penghafalan Doa, modul membaca Al-Quran dan modul potensi diri.

Terbuka kepada pelajar berusia dari 7 hingga 17 tahun. Program Anak Cemerlang, Keluarga Gemilang akan dijalankan selama 7 hari dan 6 malam ini meliputi pelbagai elemen menarik. Antaranya modul sahsiah, modul ibadah, dan banyak lagi yang boleh dimiliki dengan mengikuti program hebat dengan harga yang menjimatkan. Kem Anak Cemerlang, Keluarga Gemilang disusun sedemikian bagi membimbing adik-adik agar mampu mengenali potensi diri dan berinteraksi secara sihat. Panduan pemakaian dan penampilan diri juga akan dikongsikan. Slot Solat pula akan memberi fokus kepada panduan berwudhu', tertib solat, bacaan dalam solat dan beberapa aktiviti kecergasan serta contoh kepimpinan dari para Rasul dan anbia’.

Adik-adik akan dapat mengikuti program yang sangat menyeronokkan dengan aktiviti-aktiviti yang telah disusun. Semoga dengan menyertai program-program ini, adik-adik dapat mengenali diri sendiri dengan kekuatan dan potensi yang ada. Adik-adik juga mampu menjadi manusia yang lebih cemerlang terutama daripada sudut ibadah, menghormati orang tua, bersopan dalam berkata-kata, berakhlak mulia, tahu menjaga penampilan diri dan bijak membuat keputusan.

Diantara Sinopsis:

1. Menerapkan dalam diri individu terhadap kepentingan mengerjakan solat dalam apa jua keadaan.

2. Mempelajari kaedah pengamalan solat sebagaimana amalan sunnah Rasulullah SAW.

3. Memberikan nilai tambah pada solat yang dilakukan dengan mempelajari bacaan2 solat selain daripada apa yang biasa.

Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad. Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.

TEMPAT:

KELAS TAHFIZ AR-RAYYAN
382, LORONG DESA MELOR 2/4, TAMAN DESA MELOR, SENAWANG, 70450, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

TEL: 019-333 8469 (Puan Mintom), 06-6798013

TARIKH:6 DEC 2009– 12 DEC 2009

Yuran penyertaan: RM195 seorang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keperluan yang perlu dibawa semasa program.

Lelaki:

  1. Al Quran
  2. Jubah atau Baju Melayu Putih secukupnya
  3. Kain Pelikat.
  4. Kopiah putih
  5. Bantal & Selimut
  6. Tuala Mandi
  7. Berus gigi/Ubat gigi/sabun mandi
  8. Selipar


Perempuan:

  1. Al Quran
  2. Baju kurung dan tudung secukupnya
  3. Telekung
  4. Bantal & Selimut
  5. Tuala Mandi
  6. Berus gigi/Ubat gigi/sabun mandi
  7. Selipar

Seluar jeans adalah tidak dibenarkan memakainya sepanjang kem berlangsung.

Dapatkan borang penyertaan di sini.

Guru Cemerlang

"Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Visitor maps