Pengambilan Pelajar Baru Sesi 2012

Kami telah memulakan sesi pengambilan pelajar baru untuk sesi tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tadika, Tahfiz dan juga KAFA. Sila hubungi Puan Mintom: 019-3338469. Dapatkan Brochure disini.

Tadika Ar Rayyan's Facebook Wall

Sunday, December 27, 2009

Sebuah kisah CINTA yang sebenar-benar CINTA

Utk Renungan Bersama.

Kita semua banyak membaca tapi mungkin kita terlupa dgn artikel ini.

Buku sejarah dunia tidak pernah meriwayatkan, apatah lagi mengarapnya

Ada sebuah kisah tentang CINTA yang sebenar-benar CINTA yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.


Begini kisahnya.......

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Telah Sampai Waktunya....

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ''Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Saat Perpisahan bagi Seorang Kekasih....

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Yg baik datang dari NYA dan yg salah serta silap datang dari hambamu. Amin....

Selawat dan salam ke atas junjungan Kekasih Allah













Diantara barangan Rasulullah SAW, seperti kupiah, baju dan juga tongkat.





Tugas Manusia Kepada Allah s.w.t


Tujuan hidup yang sebenar, insan Rabbani diutuskan di dunia ini adalah untuk menyembah Allah s.w.t dan sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Menyembah Allah s.w.t bererti memusatkan penyembahan kepada Allah s.w.t semata-mata, dengan menjalani dan mengaturkan segala segi dan aspek kehidupan didunia ini, lahir dan batin jasmani dan rohani, sesuai dengan kehendak Illahi, baik dengan kehidupan individu dengan Allah s.w.t sebagai hambaNya mahupun dalam hubungan sesama manusia sebagai anggota masyarakat.

Didalam setiap bidang kehidupan seorang hamba Allah s.w.t sama ada berupaya ibadah terhadap Illahi atau berupaya muamalah (amal perbuatan sesama manusia) semua itu dilakukan dalam rangka penyembahannya kepada Allah s.w.t dan dengan niat atau motif hanya untuk mencari keredhaanNya semata-mata.

Di dalam proses memulakan hidup manusia kepada penyembahan Allah s.w.t, risalah dakwah yang dibawa Rasullullah s.a.w sebenarnya memerdekakan jiwa manusia dari Ilah-Ilah yang lain. "Tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t ..." Kebebasan dari pendewaan dan pemujaan sesama makhluk yang semuanya itu merupakan penghinaan dan pelanggaran keatas martabat manusia.

Selepas memerdekakan diri dari penyembahan kepada Ilah-Ilah lain, tertegaklah yang hakiki di atas kalimah "Tiada Ilah yang berhak disembah selain daripada Allah s.w.t." Pusat penyembahan dan pembaktian adalah semata-mata kepada Allah yang Esa dimana pembulatan segala kepatuhan adalah kepada yang diredhai Allah Yang Satu.

Firman Allah s.w.t:

"Wahai manusia, Perhambakanlah dirimu kepada Tuhan mu yang menjadikan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu terpelihara (dari kejahatan). Tuhan mu yang menjadikan untuk kamu bumi sebagai hamparan dan langit sebagai tudung. Dan ia turunkan air dari langit lalu dengan itu ia keluarkan dari buah-buahan, sebagai rezeki untuk mu; lantaran itu jangan lah kamu ada-adakan sekutu bagi Allah, padahal kamu tahu." (Al-Baqarah: 21-22)

Matlamat Hidup Insan Rabbani













Adapun manusia diutuskan ke dunia ini mempunyai tujuan yang tertentu dan tidak dijadikan dengan sia-sia sahaja, seperti firman Allah s.w.t di dalam Surah Az Zariat 56-58.

"Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah Aku. Aku tidak kehendaki suatu pemberian apapun dari mereka, dan Aku tidak kehendaki mereka memberi makan kepadaKu, sesungguhnya Allah, Dialah pemberi rezeki. Yang mempunyai kekuasaan. Yang sangat teguh".

Tujuan manusia dihidupkan di dunia ini terbahagi kepada 2 iaitu tanggungjawap yang perlu dilaksanakan kepada Allah s.w.t dan tanggungjawap kepada manusia lain iaitu tugasnya sebagai Khalifah Allah dan meneruskan usaha yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w supaya cahaya Islam akan terus menyinari muka bumi Allah ini.

Saturday, December 12, 2009

Gambar-gambar Kem Anak Cemerlang Keluarga Gemilang Dec 2009























Banner KACKG Dec 2009 dihadapan bangunan Kelas Tahfiz dan Fardhu Ain Ar-Rayyan.

Suasana peserta ketika mengambil Ujian Fekah

Pelajar perempuan yang mengambil Ujian Fekah di Surau berdekatan bersama dengan UStaz Zulfadhli.


Diantara pelajar-pelajar perempuan yang menyertai KACKG anjuran Ar-Rayyan.

Ketika para peserta sedang menikmati hidangan tengahari, makan didalam dulang.


Diantara ibu bapa yang hadir dihari penutup KACKG pada 12 Dec 2009.

Para peserta beramah mesra dengan Ustaz Zulfadhli dihari penutup KACKG

Ustaz Azman (sebelum memulakan ceramah untuk IbuBapa) beramah mesra bersama Ustaz ZulFadhli sewaktu menikmati minum pagi.

Diantara Ibubapa yang hadir dihari penutup KACKG di Ar-Rayyan sedang mendengar ceramah keibubapaan oleh Ustaz Azman.

Ustaz Zulfadhli selaku Penyelia Facilitator KACKG sedang memberikan sedikit ucapan beliau kepada para hadirin.

Encik Rushdi Baharum selaku Pengerusi Ar-Rayyan sedang memberikan sedikit ucapan dihari penutup kepada para hadirin KACKG.

Para Facilitator, Pengerusi Ar-Rayyan dan juga Penasihat Ar-Rayyan Ustaz Asri bergambar bersama para peserta Kem Anak Cemerlang Keluarga Gemilang.

Bergambar kenangan para petugas, pelajar dan juga Project Coordinator KACKG (Puan Mintom) bersama Facilitator KACKG, Pengerusi Ar-Rayyan dan Penasihat Ar-Rayyan.

Gambar kenangan Facilitator Ustaz Rahmat dan Ustaz Zulfadhli.

Diantara para peserta KACKG yang telah bersiap sedia untuk pulang kerumah setelah seminggu menyertai KACKG Ar-Rayyan. Tahniah adik!


Para peserta KACKG bersalaman dengan Facilitator untuk kali yang terakhir sebelum pulang kepangkuan keluarga.

Ibu bapa mula sibuk menjemput anak-anak mereka pulang dihari penutup KACKG.

Guru Cemerlang

"Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Visitor maps