Pengambilan Pelajar Baru Sesi 2012

Kami telah memulakan sesi pengambilan pelajar baru untuk sesi tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tadika, Tahfiz dan juga KAFA. Sila hubungi Puan Mintom: 019-3338469. Dapatkan Brochure disini.

Tadika Ar Rayyan's Facebook Wall

Monday, December 25, 2006

Melahirkan Generasi Al-Quran

CUTI sekolah bakal berakhir kira-kira seminggu lagi. Ketika ini, ibu bapa sibuk membeli belah bagi persiapan terakhir persekolahan anak-anak.
Ibu bapa mengambil kesempatan mendaftar anak-anak mereka ke sekolah dan juga tadika.
Menyedari hakikat itu, Ustazah Rayah yang gigih mengusahakan Kelas Tahfiz Al-Quran Arrayyan mengambil kesempatan mengadakan program menghafaz Al-Quran dan juga akademik bagi kanak-kanak yang berumur diantara 4 hingga 12 tahun.
Program yang akan bermula pada 3 Januari 2006 itu menerima sambutan menggalakkan daripada ibu bapa. Kepada mereka yang berminat yang mengetahui dengan lebih lanjut lagi boleh datang terus ke Kelas Tahfiz Al-Quran Arrayyan, No. 382, Lorong Desa Melor 2/4, Taman Desa Melor, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.
Setakat ini seramai 30 pelajar telah mendaftar dan kebanyakannya dari sekitar bandar Seremban.
Menurut Ustzah Rayah, penekanan program ini bukan sahaja kepada bacaan dan hafazan al-Quran tetapi penerapan nilai-nilai positif agar mereka memiliki motivasi diri yang tinggi dan berkeyakinan melalui kelas-kelas penampilan diri yang diadakan.
Tambah Ustazah Rayah, program yang diadakan secara tidak langsung dapat membantu golongan ibu bapa yang bekerja menguruskan aktiviti anak-anak mereka. Pendedahan sedemikian dapat mengembalikan budaya penghayatan al-Quran dalam kalangan generasi muda dengan harapan dapat meneruskan pembacaan al-Quran di rumah.
Menurut Ustzah Rayah lagi, pendidikan agama harus bergerak seiring dengan akademik bagi melahirkan insan yang bertakwa dan berakhlak. Bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa lebih mementingkan akademik anak-anak berbanding didikan agama.
“Kita perlu menjadikan al-Quran sebagai cara hidup. Isi hati-hati mereka dengan ayat-ayat suci al-Quran sebelum melangkah lebih jauh lagi.
“Anak-anak kecil yang dididik dengan nilai-nilai agama lebih mudah menerima pendidikan akademik kerana hati mereka yang sudah dibersihkan,” katanya yang aktif mengadakan kelas mengaji al-Quran dan juga fardhu Ain untuk para ibu.
Bagi Ustazah Rayah, tenaga pengajar muda yang disediakan sepanjang program ini dapat meningkatkan motivasi diri mereka untuk menguasai bacaan dan hafazan al-Quran.
Bagi mereka yang berminat boleh terus menghubungi Ustazah Rayah melalui handphone beliau di: 016-6019213.

Enam tahun sudah khatam al-Quran




Oleh ROSMAWATI MION


JITRA 25 Dis. – Seorang murid tadika, Wardah Zulkurnain, 6, muncul pelajar termuda khatam al-Quran bagi zon Utara menerusi kelas anjuran Persatuan Taman Pendidikan al-Quran (TPQ) yang menggunakan kaedah Qiraati.


Wardah yang mula mengikuti kelas Qiraati sejak berusia lima tahun meluangkan masa lebih tiga jam mengikuti dua kelas sehari untuk membolehkan dia menghabiskan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh setahun belajar mengaji.


Menurut ibunya, Faridah Khalid, 33, anak bongsunya itu menampakkan minat mendalami al-Quran sejak berusia dua tahun apabila dia sering menghabiskan masanya dengan menonton video cakera padat (VCD) muqaddam Alif Ba Ta.


‘‘Wardah memang sejak dahulu sentiasa aktif dan hidupnya juga tidak lengkap jika tidak memegang buku walaupun hanya untuk menconteng.‘‘Disebabkan minatnya itu, saya mula mengajar dia membaca sedikit demi sedikit. Pada usia empat tahun, Wardah sudah pandai membaca dan meminta dihantar mengaji al-Quran seperti kakaknya,’’ kata Faridah.


Beliau ditemui selepas majlis Khatam al-Quran kali ke-10 anjuran Persatuan TPQ (Qiraati) Zon Utara di Dewan Besar, Institut Perguruan Darul Aman di sini hari ini.Wardah adalah antara 470 pelajar di Taman Pendidikan al-Quran (Qiraati) sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang khatam al-Quran secara serentak dan turut diberi peluang memperdengarkan bacaan secara beramai-ramai di hadapan lebih 3,000 hadirin di dewan tersebut.


Faridah memberitahu, sejak mula dihantar ke TPQ pada usia lima tahun, Wardah sudah menunjukkan kepintaran dan tidak disangka berjaya menghabiskan 30 juzuk dalam masa setahun.Dia muncul sebagai pelajar termuda berbuat demikian.


Dalam pada itu, Penyelia Qiraati Zon Utara, Ahmad Yusuf IIyas berkata, semua pelajar yang khatam al-Quran hari ini lulus ujian meliputi bidang tartilul qiraah, fasohah dan tajwid di samping ujian praktik solat dan hafalan beberapa surah.


Menurutnya, sejak 10 tahun lalu hampir 3,000 pelajar berjaya khatam al-Quran menggunakan kaedah Qiraati yang dianjurkan TPQ.


‘‘Kali ini kami mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali terdapat pelajar berusia enam tahun khatam al-Quran berbanding sebelum ini pelajar yang paling muda khatam al-Quran berusia tujuh tahun,” kata Ahmad Yusuf.Menurut beliau, kejayaan itu membuktikan jika ada kemahuan dan kesungguhan, pasti seseorang itu akan berjaya walaupun masih terlalu muda.

Guru Cemerlang

"Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Visitor maps