Pengambilan Pelajar Baru Sesi 2012

Kami telah memulakan sesi pengambilan pelajar baru untuk sesi tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tadika, Tahfiz dan juga KAFA. Sila hubungi Puan Mintom: 019-3338469. Dapatkan Brochure disini.

Tadika Ar Rayyan's Facebook Wall

Monday, December 25, 2006

Melahirkan Generasi Al-Quran

CUTI sekolah bakal berakhir kira-kira seminggu lagi. Ketika ini, ibu bapa sibuk membeli belah bagi persiapan terakhir persekolahan anak-anak.
Ibu bapa mengambil kesempatan mendaftar anak-anak mereka ke sekolah dan juga tadika.
Menyedari hakikat itu, Ustazah Rayah yang gigih mengusahakan Kelas Tahfiz Al-Quran Arrayyan mengambil kesempatan mengadakan program menghafaz Al-Quran dan juga akademik bagi kanak-kanak yang berumur diantara 4 hingga 12 tahun.
Program yang akan bermula pada 3 Januari 2006 itu menerima sambutan menggalakkan daripada ibu bapa. Kepada mereka yang berminat yang mengetahui dengan lebih lanjut lagi boleh datang terus ke Kelas Tahfiz Al-Quran Arrayyan, No. 382, Lorong Desa Melor 2/4, Taman Desa Melor, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.
Setakat ini seramai 30 pelajar telah mendaftar dan kebanyakannya dari sekitar bandar Seremban.
Menurut Ustzah Rayah, penekanan program ini bukan sahaja kepada bacaan dan hafazan al-Quran tetapi penerapan nilai-nilai positif agar mereka memiliki motivasi diri yang tinggi dan berkeyakinan melalui kelas-kelas penampilan diri yang diadakan.
Tambah Ustazah Rayah, program yang diadakan secara tidak langsung dapat membantu golongan ibu bapa yang bekerja menguruskan aktiviti anak-anak mereka. Pendedahan sedemikian dapat mengembalikan budaya penghayatan al-Quran dalam kalangan generasi muda dengan harapan dapat meneruskan pembacaan al-Quran di rumah.
Menurut Ustzah Rayah lagi, pendidikan agama harus bergerak seiring dengan akademik bagi melahirkan insan yang bertakwa dan berakhlak. Bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa lebih mementingkan akademik anak-anak berbanding didikan agama.
“Kita perlu menjadikan al-Quran sebagai cara hidup. Isi hati-hati mereka dengan ayat-ayat suci al-Quran sebelum melangkah lebih jauh lagi.
“Anak-anak kecil yang dididik dengan nilai-nilai agama lebih mudah menerima pendidikan akademik kerana hati mereka yang sudah dibersihkan,” katanya yang aktif mengadakan kelas mengaji al-Quran dan juga fardhu Ain untuk para ibu.
Bagi Ustazah Rayah, tenaga pengajar muda yang disediakan sepanjang program ini dapat meningkatkan motivasi diri mereka untuk menguasai bacaan dan hafazan al-Quran.
Bagi mereka yang berminat boleh terus menghubungi Ustazah Rayah melalui handphone beliau di: 016-6019213.

No comments:

Guru Cemerlang

"Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Visitor maps