Program ini dianjurkan sempena musim cuti sekolah bagi membolehkan para peserta dapat menyertainya dan mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktivit yang berfaedah selama 2 hari.
Disamping itu mereka juga dapat mencari pengalaman dan pengetahuan yang bermakna untuk diamalkan dimana-mana sahaja mereka berada. Program ini juga dapat meningkatkan jati diri dan semangat setia kawan dikalangan pelajar-pelajar.
Tarikh : 27 & 28 Mei 2008 (Selasa dan Rabu)
Tempat: Kelas Tahfiz Al-Quran & Fardu Ain Ar-Rayyan,
382, Lorong Desa Melor 2/4,
Taman Desa Melor, Senawang
Peserta : 10 Tahun - 17 Tahun
Bayaran: RM 70.00
Melalui program ini, para peserta akan diajar cara-cara mengendalikan rawatan kecemasan dan kemalangan kecil (First Aid & CPR) serta bagaimana menghadapi situasi diluar jangkaan seperti sesat, diculik, diragut atau dirompak. Peserta-peserta akan diajar membina keyakinan dan jati diri dalam sesi "Team Building" serta muhasabah diri oleh motivator Encik Mohd Fadzil bin Pardi.
Para peserta akan dapat berkongsi pengalaman bersama pelajar cemerlang, Adik Siti Sarah bt. Hj. Mustaza yang mendapat 14A dalam peperiksaan SPM 2007.
Ceramah motivasi yang bertajuk "Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga, Kasihnya Ayah Sepanjang Masa" akan disampaikan oleh Kaunselor (MAINS) Ustaz Norazman bin Amat.
Daftarkan anak anda segera bersama-sama kami didalam program Kem Motivasi musim cuti sekolah ini. Kami akan memastikan anak-anak anda akan mendapat pendidikan yang terbaik untuk agama, diri mereka, keluarga, bangsa dan juga negara.
Sila hubungi Puan Mintom di talian: 019-333 8469 atau Rushdi Baharum: 012-3927581
(Kelas Tahfiz dan Fardhu Ain) VISI: Bagi melahirkan generasi yang cemerlang dan terbilang dikalangan pelajar-pelajar Ar-Rayyan agar mereka mampu menyumbang segala ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada Agama, bangsa dan negara.
Pengambilan Pelajar Baru Sesi 2012
Kami telah memulakan sesi pengambilan pelajar baru untuk sesi tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tadika, Tahfiz dan juga KAFA. Sila hubungi Puan Mintom: 019-3338469. Dapatkan Brochure disini.
Tadika Ar Rayyan's Facebook Wall
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Guru Cemerlang
"Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang
No comments:
Post a Comment