Pengambilan Pelajar Baru Sesi 2012

Kami telah memulakan sesi pengambilan pelajar baru untuk sesi tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tadika, Tahfiz dan juga KAFA. Sila hubungi Puan Mintom: 019-3338469. Dapatkan Brochure disini.

Tadika Ar Rayyan's Facebook Wall

Monday, November 7, 2011

Rahsia Pelajar Cemerlang


Membaca, mengulangkaji pelajaran, menghafal dan mengira bukanlah mudah bagi seseorang pelajar. Justeru itu, seorang pelajar perlu bijak dalam menguruskan masa atau mencari masa yang terbaik untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Masa yang dimaksudkan disini adalah masa diketika otak mereka betul-betul berada didalam keadaan yang tenang. Pada ketika otak didalam keadaan yang tenang, otak mudah menerima apa sahaja bahan bacaan samada untuk mengulangkaji pelajaran, menghafal ataupun mengira. Para ilmuan Islam seperti Ibn Rushd, Ibn Khaldun, Ibn Sina, Ibn Baltuta, Imam Al-Ghazali dan ramai lagi menggunakan teknik ini dalam mencari ilmu dan membuat penulisan buku-buku mereka yang hebat.

Pelajar perlu bijak menggunakan masa tersebut sebaik yang mungkin. Kerana tahap minda yang optimum itu adalah terlalu singkat, bergantung pula kepada kekuatan minda seseorang pelajar. Ada pelajar yang mampu mengulangkaji pelajaran pada ketika minda sedang tenang dalam sekitar 1-2 jam dalam satu-satu masa. Dan ada juga pelajar yang hanya mampu bertahan selama 30 minit sahaja. Tetapi, apa yang penting disini adalah kebijaksanaan seorang pelajar itu menggunakan tempoh masa tersebut sebaik yang mungkin untuk menggulangkaji pelajaran, menghafal ataupun mengira.

Persoalannya:
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan tahap minda yang optimum?
  2. Mengapa seseorang pelajar perlu mencari tahap minda yang optimum didalam dirinya?
  3. Waktu bilakah minda seseorang pelajar itu, berada didalam tahap yang optimum? 
  4. Adakah seseorang pelajar itu boleh merancang sendiri untuk mendapatkan tahap minda yang optimum untuk disesuaikan dengan jadual waktu harian mereka?
  5. Jika boleh, bagaimana caranya?
Untuk saya menjawap kesemua persoalan diatas, saya perlukan maklum balas dari para pembaca laman Blog ini, samada anda berminat untuk saya menjawap kesemua soalan-soalan diatas.


Penulis: Rushdi bin Hj. Baharum 
(Master of Business Administration, UUM)

No comments:

Guru Cemerlang

"Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Visitor maps